http://sebarkanbahagia.blogspot.com/

Ads 468x60px

Firman Allah : " Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku " [51 : 56]

Featured Posts

Wednesday, March 21, 2012

Hari Ini.


" Dapat berapa A ?"

"Macam mana result?"

Untuk keberlansungan hari ni dan 2, 3 hari yang mendatang..
Ok tak junior-junior?

Jangankan yang bertanya,
Yang ditanya pun 'keletihan' nak memberi jawapan.

Sempat menghantar pesanan ringkas pada seorang adik dorm di Intersaber dulu, alhamdulillah!
Tahniah, akak bangga dengan Nur Hashimah dan Maizatul Fashahah. Dorm Siti Aisyah Osem!!
Untuk junior-junior akak yang lain juga, tahniah!

Ini kisah pada hari ini, mereka melaluinya..
Saya juga, lupa ke Madihah, 2 tahun yang lepas?

Hari ni mesti dapat macam-macam ucapan, nasihat dan 'kritikan' ye?

Kalau handphone tu penuh dengan mesej, tak kurang juga di FB dan sebagainya.
.......................................................................................................................................

Takpelah, saya pun nak turut serta memenuhkan semua itu,
Sedikit je dik, takpe ye?

Kecewa? Gembira?
Itu fitrah dik.
Bila sesuatu yang kita lalui, mengikut apa yang kita inginkan..Boleh senyum lebar!
Tapi sebaliknya. bila yang teradaptasi tu berbeza dengan kehendak diri, rasa nak putus asa.

"....dan boleh jadi kamu benci kepada sesuatu padahal ia baik bagi kamu, dan boleh jadi kamu suka kepada sesuatu padahal ia buruk bagi kamu. Dan (ingatlah), Allah jualah Yang Mengetahui (semuanya itu), sedang kamu tidak mengetahuinya."
[2 : 216]

Ish, kak Madihah ni, cakap pandailah, pernah rasa ke?

Dik, namanya manusia. Sehebat mana pun dia, pasti pernah melalui titik kejatuhan dalam diri.
Selemah mana pun dia, merasai yang manis dalam hidup itu juga pasti ada! InsyaAllah.
Kata warna-warni kehidupan? Itu perisanya.

Ukurannya pada nilai syukur dan redha itu!
Payahnya!
Aik, nak jadi hamba yang superb tak pada pandangan Allah?
Kamu dan saya mesti!

Motivasi diri yang sebenar datang tatkala hatimu teguh dengan janji Tuhan-Mu :

Dan sesiapa yang bertaqwa kepada Allah (dengan mengerjakan suruhan-Nya dan meninggalkan larangan-Nya ) nescaya Allah akan mengadakannya jalan keluar (dari segala perkara yang menyusahkan) serta memberinya rezeki dari jalan yang tidak terfikirkannya. Dan ingatlah, sesiapa berserah diri bulat bulat kepada-Nya maka Allah cukupkan baginya (untuk menolong dan menyelamatkannya). Sesungguhnya Allah tetap akan melakukan segala perkara yang di kehendaki-Nya. Allah telahpun menentukan kadar dan masa bagi berlakunya tiap tiap sesuatu".
[65 : 2-3]


Cabaran dan ujian menantimu, adik-adikku. Tiada niat untuk menakut-nakutkan. Tapi, cuba menginspirasi diri kamu! Hati dan diri perlukan 'bentengan' iman dan ilmu yang kukuh di dunia luar daripada alam persekolahan. Di sini posisi sebenar bagi kamu. Semoga kamu mengerti, hasil yang kamu perolehi hari ini, ada amanah yang perlu diperhalusi.

Usaha dan kejayaan ini biar paksinya Allah, dan untuk Islam yang sangat GREAT ni.
Semoga langkah itu tidak terhenti! Terus menapak dengan tekad dan hammasah yang ada pada diri kamu. Melangkah dengan lebih deras.

Penat?
Janji-janji Allah itu bisa merawat lelahmu. Yakinlah!
Semoga berjaya.
Jangan lupa sebarkan rasa cinta-Nya.

Monday, March 19, 2012

Dah Sampai Sini?

Dengan jari yang Allah kurniakan ni, (alhamdulillah).
Dibilang-bilang..
Sudah 4 hari saya meninggalkan jejak di Bumi Kelantan.
Bumi Nilam Puri.

Terimbau peristiwa kira-kira 2 tahun yang lalu.
Fuh, semangat!
Cepatnya masa berlalu.

Seingat saya ketika itu 4 Jun 2010.
Sudah sebulan berasa agak selesa sebagai pelajar matrikulasi.


*masjid di KMS*

Tup.Tup.

"Tawaran ke UM, Nilam Puri"
-Asasi Syariah, 4 Semester-

Berbelah bahagi.

"Dah sebulan kat sini"

"Jauhnya kat Kelantan, siapa nak hantar?"

Dalam keadaan masih samar-samar dengan keputusan sendiri, saya melangkah keluar juga dari 'daerah matrikulasi'..pulang ke rumah, kononnya mengambil masa untuk berfikir..sedangkan keputusan perlu dibuat dalam masa yang singkat.

Tahu tak menahu..
Dah sampai sini?
(serupa dengan tajuk entri ^_^)

Mendaftar pada 8 Jun 2010.

SENYUM TANGIS DI KMS

Tempoh sebulan.
Mungkin ada yang anggap biasa-biasa.
Sekejap je, ada apalah sangat!

"Nanti dah tamat persekolahan, jaga diri baik-baik. Bukan macam di sekolah lagi. Ada cikgu, ustaz, ustazah yang nak beri nasihat, yang selalu ingatkan, " pesan guru.

No! No! No!
Pilihan di tangan sendiri.
Kawan, cara hidup.
Pandai-pandailah ye.

Saya melalui.
Dan anda juga pastinya.
Tarbiyah Allah tu sangat manis.
Apabila kita berada di medannya.
Bagi yang mencari dan menghayati!

Direnung-renung saat ini. Alhamdulillah. Saya bertemu titik kemanisan itu di KMS.Ya, di medannya. Walaupun saat saya sendiri berada di sana, tak sedar pun akan itu. Membawa diri dalam biah dan suasana yang mencabar, bukan mudah! Tapi, comfort zone tu bahaya juga kan?
Saya belajar daripada mereka, sahabat2 di sana, classmates, roommates,lecturer.

NILAM PURI di HATI




Allah lebih Tahu hakikat kelemahan dan kekurangan diri hamba-Nya. Tidak lama saya di sana. 'Dijemput' ke Nilam Puri. Ada ketenangan dan kedamaian. Dalam suasana itu, Allah sedarkan saya, saya ada peranan! Mana boleh selesa-selesa sahaja dengan biah yang memang sudah baik ini, kan?

Saya dipertemukan dengan pensyarah-pensyarah yang sangat class la! Treat kami macam anak sendiri. Nasihat dan motivasi menggunung. Dalam kelas, kalau tiada yang tertusuk di hati ni, macam tak kena je rasanya.

Apa yang saya dapat daripada mereka : Cintakan BAHASA ARAB!
Untuk itu di lubuk hati kecil, saya jatuh cinta dengan bahasa itu, walaupun masih merangkak-rangkak dalam mengaplikasikannya. Dan saya rindu untuk terus belajar bahasa itu! Tidak lupa juga yang mengajarkannya, saya SAYANG mereka.




Nikmat ukhuwah.


Ukhwah itu indah andai fillah! Alhamdulillah, di sini saya temuinya. Duduk-duduk, makan-makan, jaulah, rehlah. Nilai sahabat itu tinggi pada saya. Ya, saya yang juga sedang belajar untuk menjadi seorang SAHABAT. Mereka menguatkan saya dengan jatuh dan bangun sepanjang 2 tahun di sini.

Ada yang mengingatkan tatkala terlupa, ada yang menguatkan tatkala hampir jatuh, ada yang menghadiahkan senyuman tatkala kesedihan. Dan yang penting, insyaAllah ada yang sentiasa mendoakan.




Tarbiyah Allah itu berterusan. Saya tahu saya lemah. Jadi Allah beri kekuatan melalui jalan-jalan ujiannya. Terima kasih Allah! Benar kata seorang ukhti, tarbiyah DIRECT daripada Allah itu lebih meresap.

Banyak yang Allah beri, sangat tak wajar andai saya jadi hamba yang tak bersyukur!
Kisah saya, mungkin anda juga! Moga sentiasa manfaat buat masa dan kehidupan kita yang telah, sedang dan akan berlangsung. Itu penyaksian tatkala bertemu Rabb kelak.

p/s : sedang berkumandang senandung ukhuwah by sigma*
" Jadikan rabitah pengikatnya, jadikan doa ekspresi rindu "

Saya sayang mereka yang hadir dalam lembaran hidup ini.
Dan saya lebih sayang yang menghadirkan kalian.
Sayang Allah!!

Saturday, March 17, 2012

Adik-Adikku, insyaAllah Boleh!

Adik oh Adik.

Adik kandung saya cuma seorang.
Tapi adik-adik seakidah saya sangat ramai.
Dan kamu nak tahu?
Saya sangat sayang mereka!

-Adik-adikku musim ke 3-

"Adik-adik anak soleh,
Adik-adik serba boleh,
Adik-adik akhlak yang mulia,
Senyum ceria semua orang suka,
Berkasih sayang sesama insan,
Taat Allah dan Rasul,
Kasihkan ibu bapa,
Beramal soleh di mana saja,
Berjuang dan berkorban,
Untuk agama...
Adik-adikku, Insyaallah Boleh!!"

Saya sedang cuba suntik semangat buat kamu ni, adik-adikku yang di sana!!
^______^

Sebab saya juga turut terinspirasi dengan mereka!
Yang saya hanya dapat tonton melalu televisyen.
Tapi ruh yang mereka titipkan sangat terkesan.
InsyaAllah!


-adik munir (juara musim 2) boleh, awak??-

Bakat yang mereka lontarkan kadang-kadang tak terduga oleh saya yang berusia puluhan ini.
Jarak usia kami agak besar jurangnya,
Tapi, mereka mampu buat dan boleh buat!

Bukan awak je adik-adik saya,
Saya juga turut bertanya pada diri..
Boleh?
Ehmm..

-adik wajih (juara musim 1) pun tak kurang hebatnya-

Terdetik di hati kecil saya,
Subhanallah!
Mereka pada usia begini mampu untuk lakukan sesuatu.

Rasa dush3x pada diri.
Saya? Awak?
Boleh tak ni?
Untuk Islam yang sangat awesome ni!
Tahu kan?

Tiada masa untuk mengeluh,
Untuk berlengah juga,
Kadang-kadang lelah,
Banyak kali rebah dan jatuh,
Sakit kan?

Tapi saya tahu,
Adik-adik saya kuat!
Saya pun sedang berusaha untuk terus kuat!

Sedihkan kalau kita ni dengan Allah pun nak berkira?

Post ini untuk awak.
Ya, awak adik saya!

"andai rebah bangkit semula.
Kita tetap berjalan seiringan"


Ingat dik, kamu tidak keseorangan.
Tak pernah.
Kamu ada sahabat-sahabat yang OSEM.
Kamu ada happy circle yang SWEET.
Kamu ada Allah, pasti!

Kerja,kerja,kerja.
Just for this Great Ummah!
Terus sebarkan cinta dan bahagia-Nya ye!

Buat adik-adik yang sudah dirindui,
Dari saya yang akan tetap merindui.
Memaknakan itu bukan mudah kan?
Buat diri sendiri,
Apatah lagi untuk orang lain.

Buat saya dan adik,
Andai futur, jangan jadikan itu untuk terus jatuh.
Bak kata seorang ukhti, jangan lama-lama!
Bangun, berjalan dan terus berlari !!

Akhawat kan superb!
^____^
Nak cakap lagi, banyak pula!
Saya sayang adik-adik saya fillah.

Akhawat, Mahu Berlari ke Syurga tak ?

Ukhti, Ukhti
Dengar tak saya sebut nama kamu ni?
Saya rindu ni!

Mari saya kongsi sedikit :

Pesan akhawat saya :

"...jangan sampai jiwa tak terisi, pastikan jiwamu diberi makanan dan dibelai dengan ilmu Allah"

Lagi :

" Tarbiyah Allah ada di mana-mana untuk kita, hanya kita yang perlu buka hati kita dan menilai dengan neraca iman.. Moga kebaikan di mana pun kita berada, insyaAllah.. Moga Allah kuatkan hati dan teguhkan langkah yang masih jauh ini..MOGA TABAH HATI TAK BERBELAH BAHAGI "

Nak baca lagi tak?

" Semoga tsabat, Semoga kita seiring sejalan bersama di jalan-Nya "

(p/s : ada yang saya ringkaskan..yang penting apa yang disampaikan tertusuk pada hati KAMU yang membaca juga ye ?)

....................................................................................................................................................

Subhanallah, hampir 2 tahun saya berpijak di 'tanah itu' mempertemukan saya dengan mereka..Akhawat yang saya sayang..Bukan sayang sedikit-sedikit, insyaAllah dengan Hati yang Allah beri ini..

Ukhti,
Sekarang jarak memisahkan kita..
Saya tahu..
Allah pisahkan kita semua bukan saja-saja..
Allah nak hadiahkan kita rindu!

Seronok + OSEM kan bila kita boleh rindu-rindu ni?

Kita masih berhubung kan?
Kita kan selalu utus-utus surat dalam DOA sesama kita?
Kita yakin kan Allah dengar doa kita?
InsyaAllah!



Ukhti,

Ingat tak janji kita semua nak berlari sama-sama?
Kita kata kita nak ke syurga..
Subhanallah!
Sweetkan janji kita?

Jadi ukhti,
Kita ada misi..
Kita ada peranan..
Ingat lagi peranan kita?
Ini Peranan Kita..
[51 : 56]
[ 2 :30]

Kita nak baiki diri kita..
Jadi Solehah yang 'comel-comel' tu?
Eh, lupa!
Jadi Muslihah yang 'kiut-miut' tu juga kan?
Sebab kita tak nak 'comel' sorang-sorang kan?
Kita nak orang sekeliling kita pun 'comel' jugak kan?



Opssss!
Jangan lupa tunjang kasih sayang kita..
Cinta Dia lebih kita hajati..
Sebab Dia yang tebarkan kasih sayang sesama kita..
Dan kita hadiahkan juga buat orang-orang di sekeliling kita..
Terima kasih Allah atas kasih sayang ini..

Jadikan kami hamba-hamba yang sentiasa mengharapkan keredhaan-Mu.
Pegang hati-hati kami erat-erat.
Tak mahu terlepas sedikit pun..
Kami sengsara tanpa-Mu!


Jalan ini membawa saya mengenal kamu!
Jalan ini mengajar saya mengenal Dia!

Allah mempertemukan saya dengan jalan ini.
Dan kamu juga!
Maka bersyukur itu wajar bagi kita, bukan?

Teruskan berlari!
Kalau penat,berjalan pun takpe.
Tapi jangan pernah berhenti!
*akhawat saya memang sangat OSeeeeeeMMMMMM~

Wednesday, March 14, 2012

Khabar Hadiah

KISAH MALAM 11 MAC 2012

Rancak berkongsi bersama sahabat malam itu, tiba-tiba.......

"Eh,patah?"

"Betul ke madihah?"

Waktu itu, tak tahu perasaannya yang macam mana..( "Esok ada paper, kalau tak pakai, mana nampak")
Malam itu persediaan untuk paper maqal ( risau dengan usaha sendiri )..

"Takpe-takpe..boleh lagi guna.."

- Capai segala yang mampu untuk mencantumkan kembali..alhamdulillah..

"Tawakal dulu dengan usaha itu, esok ke Kota Bharu tengok macam mana keadaan 'dia'.."

-ni ihsan google, sebelum 'dia' perlu dihantar ke pusat rawatan-
................................................................................................................................................................

KISAH 12 MAC 2012

Paper dah habis, kereta dah awal-awal tempah..terus ke Kota Bharu..

Sampai pusat rawatan untuk 'dia'..

" Ni kena tukar baru ni.."

Dalam hati, ( " Takpe dululah 'awak' ye, sabar untuk seketika..")

-mesti ada something yang aku dah buat ni, kan Allah bagi sebijik-
Tapi saya sayang Allah, terima kasih Allah~

Singgah ke sebuah pasaraya..
Bersama dua orang teman..

Saja pusing-pusing tu, tiba-tiba teringat baki RM8 daripada voucher..
Amanah! Kena habiskan..

Kedai buku Syarikat Muda Osman tersergam depan mata..

Hati dah berbunga-bunga..
Walaupun tahu yang susah nak jumpa buku harga RM8..
Takpe, tambah-tambah sikit..

 HAAA...Itu Dia~

-tapi saya dapatkan edisi jimat RM 14.00-

Alhamdulillah..khabar ujian itu membawa hadiah
Bukan niat suka-suka untuk ke Kota Bharu
Tapi saya dapat sesuatu..

Percayakan Allah sediakan sesuatu yang manis..
Cuma perlu sabar je..
Baru kena cuit sikit..
Jadi, SENYUM!

*misi cuti 6 bulan, pendekkan barisan buku yang beratur untuk dibedah*
Semoga berjaya!
Kamu juga ada misi!
Dan anda juga!

Sunday, February 12, 2012

Bukan Mudah

Realiti hidup..
Menuntut seribu pengorbanan..
Bukan mudah..
Itulah mujahadah !!

Sesuatu yang biasa dalam hidup..
Bukan mudah untuk menjadi LUAR BIASA..
Diri ini ada kelemahan dan kekurangan..
Untuk jadikan satu kelebihan..
Menuntut lagi pengorbanan itu..

Tertunduk merenung tanah di bumi..
Ya, aku dijadikan daripada itu..
Untuk mengajar diri..
Nilai seorang hamba..
Pada Penciptanya..




Siapa kita untuk mendabik dada?
Nikmat itu bukan untuk dimegahkan..
Namun untuk disyukuri..

Ingat pesan guru..
Nak berubah walaupun sedikit..
Biar istiqamah..
Biar kita buat untuk menuntut redha-Nya..
Hanya kerana Dia..
Bukan untuk sanjungan manusia..

InsyaAllah, sedang cuba membawa hati untuk itu..
Untuk menjadi hamba yang LUAR BIASA..
Pada pandangan Allah..
Tangan ditadah..
Pinta pada Rabbi~~

*tetapkan hatiku di jalan-Mu*

Saturday, January 28, 2012

Ukhwah yang GEMPAK~

Rasa lemah..
Rasa futur..

Allah beri peluang untuk terokai kekuatan..Alhamdulillah ^_____^
Semoga senyuman di bibir dan di hati tidak pudar..
Biar disapa susah dan senang..


Dikelilingi insan-insan yang disayangi..
Hati terus bahagia..



Sebab saya yakin dan percaya, InsyaAllah.
Kasih sayang ini percikan kasih sayang Allah yang bertebaran mengelilingi hamba-hamba-Nya..
Maknanya, luas dan amazing lagilah kan kasih sayang Allah pada kita hamba-Nya??
Betul tak?





19 - 24 Januari.
Alam menjadi saksi kembara saya bersama sahabat-sahabat majmuah 2 Semester 4 di APIUM.
Segala dengan keizinan dan pertolongan-Nya.
Sayang pada Allah!

Jelajah GEMPAKREW '12.
( GEnerasi Mukmin PemikirAn Kreatif )
Sungai Besar, Selangor.
Menyemai bakti di Sekolah Agama Menengah Sungai Haji Dorani (SAMDOR).

Perjalanan untuk berprogram.
Membina ikatan ukhwah.
Fillah insyaAllah..
Mempertemukan saya kembali dengan insan-insan yang pernah dan sentiasa mewarnai pelayaran hidup.
Ummi Kartini, Ustaz Ahmadi, Aisyah Asyiqin dan Nurul Saadah.
Pertemuan dengan mereka mengimbau memori.
Terus mempereratkan kasih sayang, InsyaAllah!
 p/s : rindu nak reunion dengan batch 05-09 Intersaber ^___^
Semoga bertemu ye~

Bumi Sabak Bernam.
Tanah yang dijejaki dalam kembara ilmu di alam persekolahan dahulu.
Tapi belum diizinkan saat itu untuk menjejak kaki ke sekolah.
Lain masa insya Allah andai masih ada peluang.

Gamba-gambar tidak sabar berbicara!

 -menyemai bakti, kenangan!-


 -adik2 samdor yang hebat-


 -wat molek2 deh-

 -sesi LDK 1-


 -LDK 1-


 -kuliah maghrib daripada fasi-


 -sesi pembentangan-


 -ada bakat!-


 -ustaz ahmadi sedang berbicara-


 -jom riadah-


 -riadah adik2 akhawat-


 -kek perasmian penutup-


 -jazakillah khair ummi!-


 -kek KAMI Gempakrew-


 -sebelum pulang bergambar dulu-


 -fasilitator bersama adik2 urusetia-


-fasilitator akhawat bersama urusetia-

Serba sedikit gambar kenangan sepanjang program di SAMDOR.
Alhamdulillah dipermudahkan.
Pokok pangkalnya harus dikembalikan pada Allah.
Dia yang mengizinkan dan Dia juga yang memudahkan!

Dalam jelajah kami.
Sempatlah singgah ke rumah sahabat2 semajmuah.
Dan juga ke rumah Ummi Kartini.

RUMAH UMMI KARTINI




RUMAH AKH AQIEL





RUMAH UKHT KHADIJAH






RUMAH AKH LUTFI


Terima kasih makcik atas budi dan jasa baik sepanjang kami di sini..
Jazakillah khairan kathira!
Semoga tiap detik yang berlalu menjadi ibadah dan dipandang mulia di sisi Allah.


Subhanallah!
Ukhwah itu murni andai fillah.
Membahagiakan andai menjana taqwa dan iman.
Moga kita berukhwah bukan kerana pertimbangan dunia.
Tetapi berukhwahlah hingga ke syurga.
Semoga Allah redha!

Ya Allah pelihara jiwa-jiwa kami.
Biar amal kami kerana-Mu.
Jauhkan kami daripada mengundang kemurkaan-Mu.
Pimpin dan pandulah kami.
Terima kasih Allah!
Saya sayang Allah ^_^
Kami sayang Allah ^_^