http://sebarkanbahagia.blogspot.com/

Ads 468x60px

Firman Allah : " Aku tidak menciptakan jin dan manusia melainkan agar mereka beribadah kepada-Ku " [51 : 56]

Sunday, October 24, 2010

Syukur!!! Kembara 'Cinta' Pula!!! (Part 2)

Teruskan kembara untuk mencari CINTA yang diredhai Allah~~~

Aiwah!!



SLOT 2 : Ustaz Pahrol Bin Juoi

Kuasa Cinta terus membara dalam slot kali ini..bukan cinta dusta tapi hakikat mengenal cinta yang sebenar-benarnya..InsyaAllah..

Cinta adalah tradisi orang-orang soleh kerana cinta dilahirkan di syurga~~

Jangan sesekali ada persepsi buruk pada cinta yang fitrah..Cinta masih ada peraturan
bagaimana peraturan makan..

Kita tidak boleh mengambil makanan berlebihan..yang mungkin akan menyebabkan obesiti..begitu juga cinta..mustahil cinta yang fitrah itu tidak berperaturan!!..
Allah tidak pernah membebankan hamba-hamba-Nya malahan segala percaturan yang disediakan dalam kehidupan kita semuanya untuk kebaikan..Allah Pencipta kita dan Dia tahu segala-galanya..

" Cinta yang baik bertakhta di hati yang baik,akan memandu seluruh anggota untuk melakukan kebaikan"

Bila dasar hidup ini kita bina atas dssar cinta kepada Allah, hidup kita akan lebih terarah..Jangan ragu dengan janji Allah..Wanita2 yang baik untuk lelaki2 yang baik..
Jangan kita risau akan jodoh kita tapi risau akan diri kita kerana diri kita mencerminkan jodoh kita..
Gerakkan diri kita mulai sekarang untuk bina dan perbaiki kuasa cinta yang Allah anugerahkan..

Setiap bait2 kata-kata yang disampaikan ustaz pahrol cukup bersemangat dan dapat menusuk ke jiwa para hadirin di Dewan Kuliah A,Fakulti Sastera dan Sains Sosial,Universiti Malaya Kuala Lumpur..

Kuasa Cinta!!
Apabila tepat masa,siapa dan keadaan...Kuasa cinta akan menjadi luar biasa!!
Cinta itu bisa menjadi obor semangat jihad kita!!

HUKUM CINTA!!!
cukup mudah formula yang dilontarkan membuatkan kami terus berfikir..
~~Cintailah orang yang mencintai kamu, kamu akan bahagia~~

Subhanallah,hebatnya hukum yang Allah tetapkan..

Siapa yang paling layak untuk kita cintai???
Sudah pastinya Allah s.w.t..Allah sangat cintakan kita..Allah limpahkan kita pelbagai nikmat walaupun kerap kali kita sering melupakannya..
Allah masih hadiahkan kita jalan taubat walaupun kita sering melanggar syariatnya..

Rasullulah s.a.w mencintai kita di saat kita masih belum wujud lagi!! Hebatnya cinta itu..renung2kan cinta kita selama ni untuk siapa?? bagaimana??
Tanya hati..jika kita tidak sedar lagi,jawab sendiri dengan Allah!! Peringatan buat diri ana yang juga lalai dan buat tatapan pembaca sekalian..

Cinta itu pada dasarnya fitrah tetapi dalam dunia yang serba moden kini, cinta itu sudah dimanifestasi menjadikan kita lupa sehingga lebih mengagungkan cinta makhluk daripada cinta Allah..Nauzubillah!!

Cinta luar biasa, Ust Pahrol mengadaptasi sebagai dari hati jatuh ke mata..biasanya kita dengar "dari mata turun ke hati"..tapi kata beliau..patutnya kita letak hati di tempat mata..nilai segalanya dengan mata hati!!

Apa itu Cinta??

LOVE IS VERB NOT WORD~~
Ana teringat satu2 kata dlm hasil karya Ust Hasrizal..perkahwinan bukan terhenti hanya pada soal pelamin tetapi harus difikirkan hingga soal lampin!!

Cinta itu anugerah sekaligus amanah~~

Bukan mudah kan?? Persiapkan diri kita dahulu sebaik-baiknya dari segala aspek..Fikirkan yang sebaiknya kerana Allah itu tidak pernah zalim..

"Perkahwinan adalah kebun kepada Cinta bukan pusara"

Kita perlu lihat cinta dari perspektif sebagai Hamba Allah..



"WHAT U SEE IS WHAT U GET"

"WHAT U ARE DETERMINE HOW U SEE"

Cinta kalau dasarnya hawa nafsu, itu merupakan cinta yang Allah ilhamkan untuk haiwan..Kita renung-renungkan "status" cinta kita selama ni..

Fitrah CINTA!!

- Cinta itu hadiah dan anugerah daripada Allah..~

Analogi Hadiah~~
Apabila kita menerima hadiah daripada seseorang,pasti kita berterima kasih dan dalam masa yang sama kita akan menghargai hadiah yang diberi..Kita juga sedaya yang mungkin akan cuba untuk membalas pemberian tersebut

Begitu juga cinta yang Allah anugerahkan, sewajarnya kita lebih cinta dan sayang kepada Pengurnia Cinta sebab Allah yang hadiahkan rasa cinta itu..MasyaAllah..Maha Hebat Cinta Allah..Sedangkan cinta seorang ibu kepada anaknya hanyalah percikan2 cinta Allah itu pun kita sudah lihat luarbiasa..Inikan pula cinta Khaliq..
Subhanallah!!

-Cinta itu sudah Allah install dalam diri kita, tidak perlu diajar sebab itu hidup kita memerlukan cinta..Ingat cinta juga tradisi orang2 soleh..Tapi kadang kala kita silap dalam mentafsirkan cinta itu~~

Kita sebagai manusia sebenarnya diikat berdasarkan cinta atas dasar iman..

Bila kita faham tujuan hidup kita,secara tidak langsung kita akan faham tujuan cinta yang sebenar..

Tujuan Hidup
1) Hamba Allah (untuk menjadi baik)
2) Khalifah ( untuk memberi kebaikan)
3) Pemakmur Dunia

Peraturan Cinta
Sebagaimana yang ana cuba lontarkan sebelum ni..Makan pun kita berperaturan begitu juga dengan fitrah cinta..

1) Dasarnya cinta Allah
2) Tidak atasi Cinta Allah
3) ikut syariat

Jangan kita rasa sesak seolah-olah jalan untuk kita dekati cinta Allah itu terlalu sukar dan sempit sedangkan jalan menuju Allah itu ibarat urat2 yang ada di leher/tengkuk kita!!
Betapa dekatnya Allah dengan kita selama ni tapi kita yang menjauhi-Nya..

Ustaz Pahrol ada mengatakan jika ada masalah dalam kehidupan dalam apa jua keadaan, kita ingat semula tujuan hidup kita(di atas)

"Siapa yang lebih cinta,dia lebih banyak memberi"

"Semakin banyak yang kita beri bukan untuk dibalas, semakin banyak yang kita dapat"

Orang yang beriman itu ada ketenangan dalam pergolakan,ada kekayaan dalam kemiskinan..

Ingat!!

Jangan terburu-buru mengejar cinta makhluk..Tapi bersegeralah mengejar Cinta Allah..Semoga berjaya!!

Fenomena cinta muda mudi kini pada hakikatnya memerlukan kawalan..ibarat lampu isyarat..bukan untuk sekatan tetapi sebagai kawalan...

Kenapa???

1) Selamatkan fitrah cinta daripada dikotori..Cinta ibarat tadahan atau cawan(kata Kak Ha)..kita perlu isi dengan Cinta Allah..

2) Selamatkan orang yang bercinta (tidak frust)

3) Selamatkan masyarakat
-dunia kita hari ni, penuh dengan cinta yang telah dicemari..mari kita jernihkan kembali fitrah kita!!

"Cinta bukan sahaja belajar mendakap tetapi belajar untuk melepaskan..Jangan risau akan jodoh kita..Allah sudah tetapkan buat kita..Yang perlu dikhuatirkan adalah bagaimana cara kita melalui perjalanan cinta itu..adakah melanggar perturan cinta??

Wallahualam..Fikir-fikirkan~~

Pesanan terakhir beliau :

"Kita ada cinta dan cita-cita..benar,dua2 penting..namun,pesan beliau..dahulukan cita-cita..untuk membantu ummah..kerana cita-cita lebih dekat dengan matlamat hidup kita yang 3 tadi.."

Sebagai pengakhiran daripada ana...

Bukan tidak boleh bercinta atau famous dengan istilah COUPLE tidak kiralah islamik atau tidak..namun Allah sudah sediakan jalan dan tatacara yang jauh lebih indah..

'Puasa' sebentarrr dalam mengejar cinta dunia kerana hakikatnya Allah sediakan cinta yang lebih manis buat kita

INDAHNYA CINTA SELEPAS NIKAH!!!


Sekadar coretan dan perkongsian daripada insan yang hina dan lemah..Tiada yang sempurna melainkan Allah..

Buat sahabat2..kita ada misi untuk menjadi solehah dan muslihah..Kita ada misi untuk membangunkan ummah..
Jangan mudah terpedaya dengan cinta dusta yang kita sendiri tidak tahu jaminannya..tetapi cinta Alla pasti ada jaminan..Insya-Allah..

Mana yang mampu kita sebar-sebarkan dan kongsikan..Ana terpanggil untuk turut berkongsi dengan semua kerana pada ana ini satu amanah..Ilmu perlu disebarkan..Maaf atas segala kekurangan..

Buat sahabat2 yang sama2 dlm kembara : Syamil Sofiah,Aisyah Ayiqin dan Izzati Rahim..Syukran lakum...Ana uhibbukum fillah (^_^)..Terima kasih atas kesudian berkongsi kembara kali ini..

Allah uji pertemuan yang sebentar itu yang pastinya ada kemanisan..tiada yang dapat dituturkan melainkan rasa syukur atas kurniaan Allah atas semua ini..

Semoga diri ini dan kita semua terpilih sebagai Pencinta Allah..

0 comments: