Assalamualaikum warahmatullah wabarakatuh..
Datang kami kerana rindu..
Ziarah kami kerana kasih..
Bakti kami kerana sayang..
Tiada yang dapat digambarkan..Rasa kesyukuran yang tak terhingga ke hadrat Allah..
Siapa sangka perancangan yang 'simple' namun Allah telah mengizinkan kami..
Semua dengan izin dan kehendak-Nya..
Ber'title'kan gelaran 'bekas pelajar' INTERSABER yang sudah lama meninggalkan jejak di sekolah, alhamdulillah pada 6 hingga 8 Mei, kami kembali semula..
Walaupun terasa hanya seketika, namun cukup membuatkan kami pulang dengan kenangan yang indah..
Rindu itu masih ada pada diri saya..Semakin menebal tidak dinafikan..
Namun, saya harapkan biarlah segalanya kerana Allah..
Sayangnya saya pada guru-guru, adik-adik dan sekolah hanya Allah yang Maha Mengetahui..
Kehidupan 5 tahun di sana pada saya bukan mudah untuk ditempuhi namun Allah lebih mengetahui..
Dan hari ini, walaupun bukan lagi bergelar seorang pelajar sekolah, kenangan 5 tahun di sana seolah-olah terus membayangi diri ini..
Cukup sukar untuk dilupakan..

Guru-guru yang telah banyak berbakti pada diri ini..Tidak jemu mendidik malah sentiasa menasihati kami agar menjadi insan yang berguna..
Senyuman dan nasihat guru-guru sangat kami rindui..Perjalanan hidup di luar ini sangat menguji..
Ingatan, nasihat dan doa yang guru-guru hulurkan buat kami selama ini kami ucapkan Jazakumullahu khairan kathira..
Alhamdulillah ramai juga guru-guru yang kami jumpa dan berbual panjang..
TERIMA KASIH CIKGU!!
TERIMA KASIH CIKGU!!

Adik-adik dorm Siti Aisyah 2011..
Terima kasih kerana masih sudi untuk menghulurkan senyuman dan bergelak ketawa dengan akak walaupun akak sempat berbual dengan kalian hanya seketika..Terima kasih jugak sebab sudi tumpangkan akak tinggal di dorm..Lambaian akhir kalian tu sangat menyentuh hati even ada yang akak tak pernak kenal..tapi adik-adik layan akak macam dah lama kenal..
Akak ucapkan semoga berjaya dalam peperiksaan..Dalam sibuk belajar jangan lupa tingkatkan juga jati diri untuk menempuh alam luar persekolahan nanti..
Akak ucapkan semoga berjaya dalam peperiksaan..Dalam sibuk belajar jangan lupa tingkatkan juga jati diri untuk menempuh alam luar persekolahan nanti..
Sahabat kembara :
Jannah, Syahirah, Sofiah, Saadah, Asma', Ilyani, Izzati Rahim, Azyan dan Hafizah..
Syukran atas ukhwah dan tautan hati ini..
Semoga kita semua kekal bersahabat sampai ke syurga..
Semoga kita semua kekal bersahabat sampai ke syurga..
Buat sahabat2 lain yang tidak dapat turut serta, semoga kita semua dapat bersua di waktu dan tempat yang lebih baik yang Allah aturkan, insya-Allah..
Subhanallah!!
3 hari 2 malam di Intersaber seolah-olah terlalu pantas berlalu..
Semoga kita semua terus istiqamah dalam jalan tarbiyah dalam usaha memburu redha Allah..
Ameenn...
Buat adik-adik ku yang disayangi..
Hargailah jasa guru-guru kita..
Terlalu banyak bakti dan jasa yang mereka curahkan..
Semoga adik-adik yang masih berada di bumi Intersaber dapat mengutip seberapa banyak manik-manik ilmu untuk bekalan masa hadapan..
Jangan sia-siakan peluang ini!!
Nur Madihah sayang semua!!
Berpeganglah sentiasa pada janji-janji Allah :
"Sungguh, orang-orang yang beriman dan mengerjakan kebajikan, kelak (Allah) Yang Maha Pengasih akan menanamkan rasa kasih sayang (dalam hati mereka) "
(Surah Maryam 19:96)




0 comments:
Post a Comment